Tuesday, July 20, 2010

Wanita yang derhaka kepada suami

Oleh Ust Abu Yusoef

WANITA YANG DERHAKA KEPADA SUAMI

PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran yang menarik yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)

Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak menuntut talak.

Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”
(An-Nur: 26)

Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya, diredhai oleh perasaan dan hatinya.


ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:
“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”
(Riwayat Ibn Majah)

Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”
(Sahih Muslim)


MENDEDAHKAN AURAT

Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:
“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”

Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yangmendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.


TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada manusia.

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkaumendapat kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dansunatnya.”

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, “engkauini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.”

Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda.


MENYAKITI HATI SUAMI

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan.
Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”
Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:
“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya. Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Bersambung ke siri 3... (Rakan FB )

Monday, July 19, 2010

Persetan...

Salam..
Dalam keghairan pesta bolasepak dunia yang baru berlalu takjub juga rasanya..dengan kehebatan penganjuran..dari pihak tuan rumah walaupun negara tuan rumah balik awal..namun kehebatan bola sepak Afrika..sedikit sebanyak telah memukau benak fikiran...bagaimana benua yang dianggap mundur..mampun melahirkan pemain-pemain yang tinggi darisegi kemahiran dan keupayaan bersaing dengan negara besar bolasepak yang lain....kita tengok Jepun dan Korea Selatan sebagai wakil asia yang berjaya ke peringkat round of 16...walaupun tewas tapi kehebatan mereka dengan pelbagai kemahiran termasuk tendangan percuma yang boleh menghasilkan gol-gol yang menarik ohh...bila di bandingkan balik dengan negara ku yang tercinta ini..terasa begitu kerdil sekali...bila agaknya pemain-pemain kita akan menyertai mereka....impian akan hanya tinggal impian...walau dalam akhbar kita ada mempamerkan gambar penyokong-penyokong dari negara kita yang menyaksikan siaran langsung di dataran merdeka sanggup mengecat wajah mereka dengan pelbagai warna tapi itulah kita hanyalah berkhayal dan berangan-angan...tapi tiada apa yang hendak dibangkan...bagaimana perasaan pegawai-pegawai kanan yang memikul jawatan dalam persatuan bolasepak kita tidakah merasa malu..pada teman-teman, kepada piminat bosasepak...dengan ganjaran dan elaun yang diterima menginsafkan diri sendiri bahawa aku sememangnya tidak layak untuk memikul tugas ini kerana aku gagal membawa pembangunan kepada sukan bolasepak di negara ku ini..

Friday, July 2, 2010

Tennis..oh tenis

salam...
Ada court tenis tak boleh main tenis....hanya untuk main futsal dan hoki...pelik-pelik..apalah nak jadi dengan orang melayu...tak habis-habis dengan dengki kianat...tak malukah..malulah sikit....

Sunday, June 20, 2010

Ikhlas

Ikhlas : merupakan satu istilah atau perkataan yang sangat terkesan dalam Islam...Kerana IKHLAS merupakan satu perlakuan atau tindakan yang memerlukan ketulusan dari hati sanubari insan...tidak ada siapa dapat menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh seseorang itu ikhlas...kecuali hanya Allah yang maha mengetahui siapa yang ikhlas sebenarnya...

Sunday, June 6, 2010

Tanda-tanda kesejahteraan dalam hidup

Tanda-tanda ada kesejahteraan dalam hidup;

1 Hilang tamak kepada dunia
2. Kasih dengan ibadah
3. Kurang berkata-kata perkara yang sia-sia
4. Memelihara hak2 sembahyang cth. senantiasa bersedia menanti waktu
5. Bersahabah dengan solihin(org baik-baik)
6. Menjauhi perkara yang haram
7. Pemurah
8. Kasih sayang
9. Memberi faedah kepada orang lain dan
10.Banyak ingat mati Wallahuallam.

Sunday, May 30, 2010

Laptop Baru

Fuyooo...

Seramai 800 guru tahun 6 di negeri Terengganu telah menerima sebuah laptop dr MB ganu mat said di TTC petng tadi...yang lain akan menyusul kemudian..gembira laa jugat...maklumlah barang free..mana nak dapat ooii

Thursday, May 27, 2010

Tanda Hati Mati

1. Tidak merasa dukaciota apabila tertinggal sesuatu ibadat walaupun ibadat sunat
2. Tidak menyesal apabila terjatuh ke atas sesuatu maksiat, apabila teringat akan dosa-dosa lama tidak terasa bersalah.
3. Tidak gemar akan beribadah walaupun dalam melaksanakan ibadah dan sangat gemar akan urusan dunia