Wednesday, April 28, 2010

Back to School

wow...lepak kat kantin dulu..maklumlah jam 9.15 baru ada kelas...met my year 4A..just a period 30 minutes..ajar apa ya tadi...lupa pulak....maklum dah nak masuk 51 julai nanti...ada 5 tahun lagi....actually teaching is fun but when were given the office and management job then it will be bored..anyhow kena buat...ikut perintah katakan..
still happy teaching although most of my class are..even can,t read in bahasa..but that is the task i,ve to carry.....ingat essential course I attended..early this week..cabaran dan halangan terlalu banyak..anyway...go..go.. face it..in the real world..

Tuesday, April 27, 2010

Sudah sampai umah

bertolak lebih kurang 5.45 dr hotel..pecut skit sampai masjid a lintang azan magrib..anta aziz..terus pulang...penat weh...ingat borang incometax dok isi lagi..gaduh skit..siap isi...lepak je..

sat lagi kelik...

nak kelik dah..
pah tu nok gi koliba sat ziarah kakak...lama dok gi..dok dang atek...ari ni dang bakali..saing dok sorang

unit_plan4

Unit Plan Aziz_Azmi

Click on any descriptive text, then type your own.

Unit Author

Name

Mohd Ab. Aziz b Ismail

Azmi bin Abu Bakar

School District

Besut

School Name

SK Tg Mahmud II dan SK Gong Bayor

School City, State

Kg Raja, Besut.

Unit Overview

Unit Title

Makanan Dijaga Kesihatan Terpelihara

Unit Summary

Kesihatan merupakan aspek penjagaan diri yang sangat penting. Amalan pemakanan yang sihat merupakan salah satu factor penyumbang ke arah kesihatan yang berpanjangan.

Dalam hal ini, pelajar diberi peranan sebagai Pegawai Kesihatan. Bagi memastikan kesihatan dan amalan pemakanan menjadi ingatan dan tumpuan penting, pegawai ini akan menyenarai semua jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat yang biasa orang ramai lihat di pasaran. Pegawai ini juga dikehendaki menyatakan kesan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan kita serta dikehendaki menyenarai penyakit yang timbul akibat pemakanan yang tidak sihat. Pegawai ini juga dikehendaki membuat penjelasan mengenai penyakit yang timbul hasil pemakanan yang tidak sihat serta cara-cara mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Subject Area

BAHASA MALAYSIA

Year/Form

Tahun 6A

Approximate Time Needed

2 minggu (10 jam)

Unit Foundation

Targeted Curriculum Specifications and Benchmarks

a. Menyuarakan pandangan/ide mengenai sesuatu tajuk dengan bahasa dan intonasi yang sesuai.

b. Membuat browser tentang tajuk berasaskan maklumat yang ada.

Student Objectives/Learning Outcomes

  1. Pelajar dapat menyatakan lima contoh makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. (sesi soaljawab)
  2. Pelajar dapat menyoal untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang betul . (temuramah)
  3. Pelajar dapat menghuraikan dengan jelas dan tepat kesan amalan pemakanan yang tidak teratur kepada tubuh badan. (pamparan slain)
  4. Pelajar dapat memberi ulasan sendiri berkaitan penyakit yang disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak betul berdasarkan slaid projek yang dihasilkan. (pembentangan projek)
  5. Pelajar dapat membina ayat yang tepat tentang sesuatu tajuk/ide dengan menggunakan format penulisanyang betul dan tepat. (bina browser)

Curriculum-Framing Questions

Essential Question

1. Bagaimana untuk sentiasa sihat?

Unit Questions

  1. Mengapakah makanan yang berkhasiat itu penting?
  2. Bagaimana makanan tidak berkhasiat boleh memudaratkan kesihatan?
  3. Bagaimana untuk mengamalkan diet yang sesuai?
  4. Bagaimana kepentingan amalan makanan seimbang (piramid makanan) untuk hidup yang sihat sepanjang hayat?

Content Questions

  1. Apakah contoh makanan yang berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.
  2. Mengapakah kita perlu memakanan berkhasiat?
  3. Mengapa kita tidak boleh memakan makanan tidak berkhasiat?
  4. Apakah penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan kita disebabkan oleh makanan tidak seimbang.
  5. Apakah makanan seimbang?
  6. Apakah cara untuk mengamalkan diet yang sihat?
  7. Bagaimana untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat?

Assessment Plan

Assessment Timeline

Before project work begins

Students work on projects and complete tasks

After project work is completed

· Soaljawab

·

· Soaljawab

· Rubrik Buletin ringkas kandungan makanan serta pyramid makanan.

· Menu makanan (kantin)

· Kaji selidik

· Temuramah

· membuat rumusan/ ulasan.mengikut format dan bahasa yang betul

· Borang Rubrik ppt

· refleksi

Assessment Summary

Soalajawab tentang makanan yang ada di sekeliling murid. Tayangan slaid yang ditunjukkan adalah memberi rangsangan kepada murid tentang makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat yang ada di pasaran. Dari pamparan slaid ini akan berlaku soaljawab tentang kandungan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat serta pengaruh makanan berkenaan kepada tubuh badan. Bletin ringkas disdiakakan tentang kandungan nutrient dalam makanan tentu. Buletin ini termembantu murid mengetahui tentang kandungan makanan juga berfikir tentang keperluan untuk mengamalkan diet yang sihat. Sejauh mana khasiat hidangan tengah hari anda? Tugasan membolehkan pelajar memahami sejauh mana mereka memahami akan kepentingan menyediakan makanan yang menepati dengan kehendak kesihatan. Temuramah, kajiselidik yang dijalan serta slaid pamparan dan menu makanan kantin akan membantu murid untuk menyiapkan tugasan.

Dalam projek tugasan, murid dikehendaki menyediakan pamparan slain tentang amalan diet yang betul untuk tujuan kesihatan yang berkekalan. Tema dan tajuk yang sama dibuat dalam bentuk browser sebagai edaran kesedaran kepada orang ramai

Akhir sekali, borang maklumbalas rakan dan refleksi Penilaian Rubrik digunakan untuk penilaian guru terhadap tugasan berkenaan.

Unit Details

Prerequisite Skills

  • Pelajar telah tahu tentang piramid makanan dari Pelajaran PSK Tahun 4,
  • Murid telah mahir menggunakan komputer serta kemudahan internet.dan
  • mempunyai kemahiran membuat pamparan slaid power point dan browser.
  • Murid telah tahu kemahiran berbahasa mengolah ayat bagi sesuatu perenggan.

Instructional Procedures

Hari 1 Pengenalan Kepada Unit Pembelajaran (pastikan kandungan unit summary sama dgn prosedur ini)

Unit pembelajaran dimulakan dengan bersoal jawab Essential Question “Bagaimanakah cara anda menjaga kesihatan?” Tayangan slaid tentang makanan berkhasiat dipamparkan sebagai rangsangan. Sesi soaljawab juga dibenarkan bagi mencetus idea tentang makanan berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat.

Kemudian, topik projek “Kepentingan kesihatan” diperkenalkan. Pelajar akan memainkan peranan

sebagai seorang penyelidik/wartawan untuk mencari dan menganalisis maklumat serta membuat

kajian antara diet yang baik dan diet yang tidak baik serta kandungan nutrisen dalam pemakanan.

Hari 2 Temubual

Pelajar menyediakan soalan temubual dan menyerahkankan soalan tersebut kepada guru untuk

disemak. Pelajar mendapat tarikh temubual dengan pengusaha kantin bagi mendapatkan menu jualan dalam seminggu.. Edarkan surat permohonan dan surat persetujuan untuk ditemubual kepada pelajar. Pelajar menjalankan sesi temubual. Pelajar dikehendaki mencatat dan menangkap gambar semasa sesi temubual dijalankan.

Hari 3 Kaji selidik

Pelajar menyediakan soalan kaji selidik. Mereka menjalankan kaji selidik di sekitar kawasan sekolah

dengan memilih responden secara rawak namun terkawal berasaskan tiga tahap berat badan iaitu ;

· bawah 50 kg

· antara 51 – 60 kg

· melebihi 61 kg

Aktiviti kaji selidik dijalankan di luar waktu persekolahan dengan bimbingan guru.

Untuk melengkapkan tugasan, pelajar diberi nota ringkas tentang kandungan nutrian dalam beberapa makanan serta beberapa laman web/blog berkaitan tajuk.

Hari 4 Temuramah

Murid menjalankan temuramah dengan pegawai kesihatan bagi maklumat tentang analan pemakanan yang sihat serta penyakit-penyakit yang timbul akibat pengamalan diet yang tidak sesuai. PMurid enyediakan soalan temubual dan menyerahkankan soalan tersebut kepada guru untuk disemak. Edarkan surat permohonan dan surat persetujuan untuk ditemubual kepada pelajar. Pelajar menjalankan sesi temuramah. Pelajar dikehendaki mencatat dan menangkap gambar semasa sesi temubual dijalankan. Info kesihatan berkaitan projek juga diambil.

Hari 5 Mengumpul data

Menganalisis data projek melalui temubual, kajiselidik , temuramah dengan Pegawai Kesihatan, bulletin serta yang disediakan.

Hari 6 dan 7 Merangka Projek

Murid membina Slaid Power Point tentang amalan pemakanan seimbang serta kesan penyakit yang timbul akibat pengambilan diet yang tidak sesuai.

Hari 8 Membuat persembahan

Pelajar dikehendaki menyediakan slaid presentations power point. Pamparan slaid ini dipertontonkan kepada semua murid di dalam kelas berkenaan. Rowser juga dipersembahkan untuk edaran semua.

Hari 9 Membuat Penilaian

Murid dikehendaki memberi komen melalui borang penilaian dan refleksi yang diedarkan.

Guru akan memberi komen dan penilaian berasaskan projek menggunakan penilaian rubriz...

Accommodations for Differentiated Instrucrtation

Resource Student

Pelajar diagihkan tugas dan diberi tugasan yang sesuai dengan keupayaan mereka.

Pelajar dibimbing oleh rakan dan juga guru semasa menjalankan projek. Masa

tambahan juga diberikan bagi memberi peluang untuk pelajar menyiapkan tugasan

mereka dengan baik.

Gifted Student

Pelajar diberi peluang untuk mengumpul data dan memasukkan maklumat

tambahan yang mereka perolehi. Pelajar ini juga diberi peluang untuk menjadi ketua

kumpulan dan membantu “resource student” dalam kumpulan mereka

Nonnative Speaker

Memerlukan penguasaan Bahasa Malaysia yang baik sama ada dalam perbualan dan penulisan bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam mata pelajaran berkaitan.

Materials and Resources Required For Unit

Technology – Hardware (Click boxes of all equipment needed)

Pagi Selasa

Gaduh skit ari...lambat kejut..dok tahulah bakpo...letih bakali...tu..laaa..adat kusus..ada2 gitulah...pening jugat pala skit2...baju kotor sumat dlm platik boh dale kete dah..nak kelik dah tu..tak sabar2 rasanya....smlam telepas ustazadam di masjid gongkepas..rugi...rugi..teringat roti telur bawang dan teh tarik keda keling alor lintang..

Monday, April 26, 2010

pagi isnin

Awal dah pekena nasi dagang makngah ngan kopi o kat cendering....sempat tgk makngah lompat naik atas meja...dia...kebisaannya makngah akan turun dari meja jam 11.30 selepas habis nasi dagang dlm besin ntah untuk yang keberapa kali...

Sunday, April 25, 2010

Nak buat apa ya..

tida apa...yang nak buat...hanya...s.aja2..

Petang Ahad...

jam 2.30 pm sampai kat bilik kusus...fuhh...penat..penat 2 hari lagi baru boleh balik..

Jangan susah....terus bertawakal

Sesuatu yang sukar akan menyebabkan kita terus berusa...good luck kak